Time goes very fast.sedar tak sedar dah 15 tahun saya hidup dengan izin Allah dan diberi didikan serta kasih sayang yang cukup oleh ibu dan abah..bila dikenang kembali,,memang banyak pengalaman suka dan duka yang berlaku dalam family saya..kadang-kadang sampai tergelak sorang-sorang..dan kadangkalasampai boleh buat saya melelah air mata..tapi,sesungguhnya jasa seorang ibu dan ayah yang penat membesarkan anakmu takkan dapat dibalas dengan wang ringgit mahupun harta kekayaan..
memang setiap kali saya bertanyakan kepada kedua-dua orang tua saya apa yang mereka mahu sebagai balasan atas segala pengorbanan mereka,jawapannya hanya satu,tuntutlah ilmu sungguh-sungguh,jadi anak yang taat kepada mereka dan anak yang solehah..insya-Allah..saya takkan kecewakan harapan mereka..biarlah kesilapan masa lalu menjadi iktibar buat diri ini..saya nak cari dan tuntut ilmu Allah di dunia ni selagi saya masih bernafas dan diberikan nikmat untuk befikir oleh Allah..
Subhanallah..sememangnya ilmu Allah itu sangat luas..Ya-Allah,kau ampunkanlah dosa kedua-dua orang tuaku,lindungilah keluargaku daripada tipu daya syaitan,eratkanlah ukhuwah yang sedia terjalin antara kami adik-beradik dan bantulah hambamu ini untuk terus mengingati dan mencintai-Mu..
.jpg)
No comments:
Post a Comment